Reaksi antarabangsa Protes_anti_kerajaan_Myanmar_2007

Sementara kebanyakan negara menyuarakan sokongan kepada protes dan menuntut junta untuk melaksanakan pembaharuan yang meluas, beberapa negara penting, seperti Republik Rakyat China dan India mengekalkan komitmen kepada pendirian tidak campur tangan dan juga menunjukkan sokongan yang tersirat kepada rejim.[9][10]

Sekatan

Oleh sebab sekatan telah banyak menyusahkan warga Myanmar dan tidak pernah membuktikan keberkesanannya, negara-negara seperti Amerika Syarikat telah mencadangkan sekatan peribadi kepada pihak junta dan keluarga terdekat mereka. Tiada terdapat apa-apa tanda bahawa China dan negara-negara ASEAN sanggup menyertai sekatan peribadi meskipum ASEAN telah meminta sekatan dikenakan PBB.

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengumumkan sekatan terhadap 14 pegawai senior Myanmar. Antara yang disasarkan untuk sekatan termasuk ketua junta, Jen. Senior Than Shwe, dan Naib Jen. Senior Maung Aye. Tindakan oleh Perbendaharaan akan membekukan mana-mana aset yang disimpan dalam bank atau institusi kawangan lain A.S. di bawah bidang kuasa A.S. oleh individu-individu terlibat. Arahan ini juga melarang mana-mana warga A.S. daripada berurus niaga dengan individu-individu yang dimaksudkan.

Pada 27 September, Kesatuan Eropah mula mempertimbangkan "sekatan diperkukuh yang disasarkan" terhadap junta tentera, sementara sekatan sedia ada sudah merangkumi skeatan senjata, pembekuan aset, dan larangan visa dan perdagangan. Tujuannya ialah untuk mendukung sekatan yang tidak memudaratkan orang ramai.[11]

Perdana Menteri Australia, John Howard, mengesahkan laporan-laporan bahawa Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan sekatan kewangan yang disasarkan terhadap ahli-ahli junta tentera, serta kemungkinan memperkenalkan langkah lain untuk menyekat lagi pemimpin tentera itu.[12][13]

Rujukan

WikiPedia: Protes_anti_kerajaan_Myanmar_2007 http://www.smh.com.au/news/world/pm-launches-sanct... http://www.abc.net.au/news/stories/2007/09/27/2045... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&si... http://www.motherjones.com/news/feature/2006/11/fa... http://www.novinite.com/view_news.php?id=85644 http://www.nytimes.com/2007/09/20/world/asia/20cnd... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesda... http://english.aljazeera.net/NR/exeres/4081D23F-F1... http://newsinfo.inquirer.net/breakingnews/world/vi... http://newsinfo.inquirer.net/breakingnews/world/vi...